ads

Ahad, 17 Ogos 2014

Pra tempahan untuk model terbaru Perodua Axia akan dibuka pada jumaat ini di 180 buah Showroom Produa di seluruh negara. Kadar tempahan pada harga RM250 hingga RM300 berdasarkan varian yang dikehendaki.
Produa Axia dikeluarkan dalam empat varian iaitu Standard E, Standard G, Special Edition dan Advance. Produa Axia Standard E Solid dijual pada harga RM24,900(Semenanjung Malaysia) dan didatangkan dengan jaminan 5 Tahun. Rekaan dalaman Produa Axia berdasarkan konsep Perodua Global Model A (GMA) Segment Space dan ia juga didatangkan dengan rekaan yang lebih luas serta selesa.
Perodua Axia 2
Dikuasakan dengan enjin 1KR 3 Selinder yang merupakan enjin Daihatsu 1KR-DE. Enjin 12-valve DOHC 1.0 Liter yang dibuat keseluruhan dari Aluminium ini seberat 69 kg dan 10 kg lebih ringin dari enjing yang digunakan pada Produa Viva. Enjing baru ini mampu mencapai kuasa 65 PS pada 5,000 rpm dan 87 Nm toq pada 3,600 rpm.
Perodua Axia 3
Satu kenderaan yang mesra tenaga dari Produa dan ini merupakan model ke-10 yang dikeluarkan oleh Produa.